Category Archives: Kek Lapis

Kek lapis resepi
Kek lapis tips

Kek Lapis Sarawak- Intro

Kek Lapis Sarawak adalah merupakan kuih tradisi masyarakat Sarawak yang dihidangkan pada hari-hari istimewa terutamanya pada waktu perayaan seperti sambutan hari raya Aidilfitri. Kepelbagaian jenis kek lapis Sarawak mempertontonkan daya kreativiti para pencipta itu sendiri. Variasi kek lapis Sarawak boleh kita lihat dari beberapa aspek seperti resepi yang digunakan, corak, warna dan rasa. Terkadang ianya menjadi sesuatu yang agak unik. Di bawah ini adalah kek lapis Chocolate Crunchy Peppermint yang saya cipta resepinya sendiri.

Kek Lapis Chocolate Crunchy Peppermint

Kek Lapis Chocolate Crunchy Peppermint

Kebanyakkan orang menganggap bahawa proses menghasilkan kek lapis Sarawak agak susah dan memerlukan banyak masa. Bagi saya yang telah biasa membuatnya, proses membuat kek lapis Sarawak tidaklah sesukar mana pun tetapi ianya memerlukan lebih kesabaran dan kesungguhan. Tapi hasilnya berbaloi-baloi. Kat bawah ini adalah sebahagian dari variasi kek lapis yang biasa saya hasilkan. Pada yang baru berjinak-jinak menghasilkan kek lapis, kek lapis batik sutera amat sesuai sebagai permulaan. Saya pun bermula dengan kek lapis batik sutera.

Kek Lapis Batik Sutera